BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil atau ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 kiub tomyam Maggi
1 kiub pati ayam (optional)
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
7 - 8 biji cili padi merah thai, dititik*
1 inci halia, dititik*
2 batang serai, dititik*
4 helai daun limau purut*
1/2 inci lengkuas, dititik*
1/2 batang lobak merah, potong berbaji atau ikut suka
10 kuntum cendawan butang dalam tin, cuci dan toskan
1 batang saleri, kerat pendek
1 biji tomato didadu besar
1 pokok kecil daun ketumbar
Sedikit gula dan garam (jika perlu)
Air secukupnya (anggaran 2 liter)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan semua bahan2 bertanda (*). Tambah kiub tomyam dan kiub ayam (jika guna), biar mendidih perlahan. Masukkan ayam, lobak merah, saleri dan cendawan. Kacau perlahan.
- Masak hingga ayam masak. Tambah serbuk lada hitam, daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan sedikit gula dan garam, jika perlu. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, letak sedikit dahulu dan rasa jika anda suka masam lebih, tambah lagi.
- Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar. Sedap dimakan panas bersama nasi atau pun begitu sahaja...

No comments:
Post a Comment