Monday, August 27, 2012

fried vegies..


Bahan-bahan500 gm kobis manis
1 batang kecil carrot
100 gm isi ayam [hiri nipis]
3 uals bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [hiris]
garam
minyak

Cara Memasak
1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.
3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata.
4. Rasakan garam.
5. Hidangkan.
[/size]

Tuesday, August 14, 2012

spagetti goreng ayam ...



bahan-bahan : 

bawang besar sebiji ( dicincang )
bawang putih yang telah dikisar 2 sudu kecik
cili giling 1 sudu besar
ayam yang telah dipotong halus
sos tiram
sos cili
oregano,cili flakes,lada
sayur sawi
spaggetti
garam secukup rasa



Saturday, August 4, 2012

Puding Karamel ...


Cara Buat Puding Karamel. 

 Cara Buat Puding Karamel.
Sediakan bahan bahan seperti berikut : 
  • Tepung kastad 1/2 sudu besar
  • Telur 7 biji
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Susu cair 1 tin
  • Esen vanilla 1/2 sudu besar
  • Gula pasir 8 sudu besar
  • Loyang
  • Periuk kukus
 ok sediakan bahan bahan di bawah

Mula mula ambil loyang, dan masak gula atas loyang. 
Masukkan 8 sudu gula, dan kacau sehingga warna perang. 
Kemudian biarkan loyang tu kat tepi.

Ambil mangkuk dan pecahkan 7 biji telur dan kacau sebati. 
Kemudian masukkan tepung kastad dan kacau...

Masukkan esen vanilla 1/2 sudu besar ya..kacau lagi...

Masukkan 1/2 tin susu pekat & 1 tin susu cair dan kacau lagi..

kacau sehingga sebati yaaa...

dah siap...
sekarang masukkan larutan telur tadi ke dalam loyang berisi gula perang tadi.

sediakan peralatan untuk mengukus seperti periuk di bawah...
letak air dalam periuk...

Masukkan loyang yang sudah berisi larutan tadi ke
dalam periuk untuk dikukus...

Buka api, dan biarkan puding karamel dikukus selama 25-30 minit...
gunakan api yang sederhana sahaja...

selepas 25 minit puding karamel dikukus..tada.aaaaa...

Ambil loyang tadi dan terbalikkan isi puding karamel ke atas dulang kaca yang cantik !

sungguh menarik perhatian dan menyelerakan