Tuesday, July 31, 2012

roti pita tampal telur ...

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti pita (jenis tebal, boleh beli di Tesco)
1 biji telur
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
1 tangkai daun sup, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mayonnaise
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil2
3 camca besar parutan keju mozarella
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pilihan anda (mat guna sos thousand island)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul telur dengan dengan mayonnaise hingga sebati. Masukkan bawang holland, bawang putih, daun sup, cili merah dan lada hitam. Kacau hingga rata.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 7 inci, dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Tuang bancuhan telur, ratakan. Tabur parutan keju mozarella. Biar sekejap dan bila permukaan telur nampak kental. Letak roti pita atasnya dan tekan sedikit.
  3. Biar sekejap dan berhati2 terbalikkan dan masak dengan api kecil hingga perang. Alih ke dalam pinggan sesuai. Potong dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.....kalau lapar, sila tambah lagi..
CATATAN  :- Mat tak letak garam sebab mayonnaise, serbuk lada hitam aji-shio dan keju mozarella sudah ada rasa masin. Tapi kalau anda nak juga letak garam, boleh lah secubit, ni dah bagi tau awal2, kalau sendiri letak, lepas tu masin...salah kan diri sendiri ok...sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment